PAS Kekal Berkiblatkan DAP

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ir. Idris Haron berkata Pas kini meletakkan DAP di tempat teratas dari segalanya kerana percaya hanya DAP saja yang boleh menentu hidup mati mereka dalam mencapai cita-cita untuk berkuasa.

Oleh kerana itu tegas Pas sanggup mengorbankan apa saja termasuk prinsip perjuangan yang mereka laungkan selama ini sehinggalah dalam isu kalimah Allah.
“Dahulu mereka kata Islam itu yang paling tinggi tapi sekarang DAP pula yang lebih tinggi daripada Islam dan mereka mengambil kira pakatan pembangkang akan membawa mereka ke Putrajaya.
“Pas beranggapan kononnya cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya akan tercapai dengan pertolongan DAP dan PKR. Oleh itu mereka sanggup mengikut telunjuk walaupun terpaksa menggadaikan perjuangan sebenar parti mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Namun sebaliknya terang Idris lagi, Pas sebenarnya tertipu dengan permainan licik rakan sekutu politik dalam pakatan pembangkang.
“Kerana itulah Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Hadi Awang dan Nik Aziz hanya sebagai pak turut dan tidak tahu menahu tentang urusan politik.”
Jelas beliau lagi, jika dahulu Pas begitu lantang meperjuangkan hudud tetapi kini mereka redha dengan keputusan rakan-rakannya. Ini terbukti apabila hudud tidak tersenarai dalam manifesto pakatan pembangkang.
“Inilah yang dikatakan politik sempit dan murahan yang sanggup menggadai maruah agama dan bangsa hanya kerana kuasa. Pas sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat untuk berkuasa tercapai sehingga sanggup membelakangkan agama,” ujarnya lagi.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*