PAS Menentang kalimah Allah di dalam kitab Injil

DAP sekali lagi memainkan isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian. Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu. Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam. 

Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira. Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya. 
Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. 
Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka. 
Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP. Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya Seterusnya..
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*