PAS Perak Doa Hancurkan Sesama Islam [video]

Video PAS doakan hancurkan UMNO, dan UMNO pula doakan PAS kerana sesama saudara islam pada majlis ceramah waktu yang sama.


Berbuih mulut Bekas Ketua Pemuda Pas Perak Azli Musa apabila cubaannya membuat provokasi terhadap penduduk Taman Lembah Permai dibalas dengan ejekan bertubi-tubi membuat dia seolah-olah hilang arah untuk berceramah dan yanag hanya keluar dari mulutnya adalah mampos Umno, mampos Umno…itu sahaja.
Azli lebih banyak memaki hamun Umno daripada mengungkapkan kata-kata seperti seorang yang berpendidikan Islam. Beliau malam tadi dilihat seolah-olah hilang akal untuk berbicara apabila menerima ejekan.
Yang agak menyeronokkan juga apabila Azli membaca doa kehancuran Umno dan diulang lebih 50 kali membuatkan penyokong Pas pun naik malas nak berdoa seolah-olah mempermain-mainkan doa.
Bila pihak penduduk menyanyikan lagi Inilah Barisan Kita untuk menaikkan semangat, Azli Musa terus meminta Allah menurunkan bala sebab mereka menyanyi.
Ilmu pengetahuan pemimpin Pas ini cukup sedikit baru sahaja kena ejek sikit sudah hilang arah umpama berlakunya histeria ke atas dirinya sendiri.
Korang boleh bandingkan sendiri doa orang islam atau doa seperti kena rasuk syaitan…Adakah ini islam cara PAS yang dilaung2kan?? Fikir2kanlah.

sungai rapat online
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*