Presiden PAS itu turut menyebut Surah Al Imran: 64 sebagai menguatkan hujah beliau terhadap penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.
PETALING JAYA, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.
Beliau turut berkata isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan.
Abdul Hadi turut memberikan contoh penganut agama Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) dalam menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa masing-masing.
Presiden PAS itu turut menyebut Surah Al Imran: 64 sebagai menguatkan hujah beliau terhadap penggunaan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.
Beliau turut menyatakan kekesalan terhadap Umno yang didakwa mempolemikkan isu kalimah Allah menjelang pilihanraya umum nanti. – Klpos
DS-
polimekkan isu?
yang duk pertahankan isu ini dan duk petik sensitiviti umat islam dimalaysia ini siapa sebenarnya?
siapa yang mempertahankan islam?
yang duk pertahankan isu ini dan duk petik sensitiviti umat islam dimalaysia ini siapa sebenarnya?
siapa yang mempertahankan islam?
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Leave a Reply