Pas semakin faham realiti politik

”Ada orang yang membaca ayat mengharamkan kerjasama dengan orang kafir dan orang bukan Islam pada tahun 60-an, mengapa sekarang boleh pula, ini ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalan Nabi SAW.”


Cuba teka siapa yang berkata begitu dan teka juga kenyataan itu ditujukan kepada siapa ? Mereka yang belum baca artikel berkaitan, pastinya akan meneka kenyataan diatas diucap oleh orang Umno yang ditujukan kepada pemimpin Pas … kan , kan ?
Saya sendiri baca 2-3 kali perenggan seterusnya….. macam tak percaya la pulak.
Itulah hujah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerjasama dengan DAP ketika menyampaikan ceramah sempena 22 tahun pemerintahan Pas di Kelantan, pada Ahad lalu.
Ustaz Hadi yang cakap begitu ? Biar betuuuuulll ….. Saya malas nak cari balik kenyataan2 lama pemimpin2 Pas bagi menyangkal kenyataan Hadi itu. Saya rasa semua orang pun tahu siapa atau dari parti mana yang suka menghukum itu Haram, ini Haram ….
Secara logiknya, Umno dari PRU1 lagi sudah bekerjasama dengan orang kafir jadi mustahil orang Umno akan keluarkan kenyataan itu. Jadi Hadi maksudkan siapa yang tak reti alQuran dan Sunnah tu ?
Pada Ogos 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram. ….
Tetapi tidak mengapalah mungkin pemimpin-pemimpin Pas kini semakin memahami betapa pentingnya kerjasama dengan parti bukan Islam. Mereka sudah faham sekarang realiti politik Malaysia.
Oleh itu bagi membolehkan kesepakatan yang dicapai bersama DAP maka Abdul Hadi menganggap mereka tidak faham hubungan yang dipanggil ‘tahaluf siasi’ itu sebagai ”…ucapan orang yang tidak baca al-Quran seluruhnya, tidak baca amalam Nabi SAW seluruhnya…”
Baca seterusnya artikel Utusan 24/10 – Pas semakin faham realiti politik
Apakata kita provoke Hadi supaya memberi komen tentang Amanat Hadi nya yang menghalalkan perang keatas mereka yang mengamal dan mempertahankan Perlembagaan serta Undang2 SEDIA ADA seperti sekarang kononnya semua itu hasil tinggalan penjajah.
Sekarang Hadi pula yang mengetuai barisan Pas berikrar akan menjunjung Perlembagaan Negara yang sama beliau haramkan dulu ….
Betullah…. demi memiliki KUASA, sesetengah orang sanggup buat APA SAJA …. Agama, bangsa … semuanya dijadikan bahan untuk tawar menawar. Dinturtle
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*