PAS Semakin Gila Berpolitik Sempit

Benarkah Pas memperjuangkan agama? Pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Ahli Majlis Syura PAS boleh menjadi cerminan kepada hala tuju sebenar parti itu. Memang menjadi hak PAS untuk memecatnya atas alasan apa sekalipun. Namun yang nyata di sini ialah PAS tidak akan redha sama sekali jika ahli2nya bekerjasama dengan UMno walaupun atas nama Islam sejagat. Islam bagi PAS hanyalah dalam kepompongnya sahaja.

Luar dari lingkungan PAS maka semuanya tidak Islamik dan selayaknya menjadi kafir. Ini seolah-olah ada kaitan dengan ketaksuban dengan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno. Ustaz Nasha adalah tokoh yang bukan sahaja dihormati dalam PAS tetapi juga di luar PAS kerana dia berprinsip dalam perjuangannya. Bayangkan betapa Majlis Syura boleh memecat seorang ilmuan dan pejuang Islam semata2 kerana alasan tidak hadir mesyuarat. Majlis Syura PAS amat dayus kerana mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasha semata2 kerana sebenarnya bengang melihat beliau bersama YAB Dato Seri Mohd Najib di Ghaza. Majlis Syura menjadi sundal kerana tidak berani menegur perkara yang batil sepertimana tidak berani menegur Nurul Izzah yang meminta supaya orang2 Melayu Islam diberi hak kebebasan untuk memilih agama selain Islam. 


Majlis Syura apakah sanggup menendang orang berilmu tetapi sanggup menyokong pemimpin2 rendah moral seperti Mat Sabu? Nampak benarlah sangat bahawa PAS sebenarnya sebuah parti umpama langau yang sanggup menghurung bangkai dan tahi. Sepatutnya PAS menghormati Ustaz Nasha yang begitu profesional dalam soal perjuangan umat Islam di serata dunia. Tunggulah PAS..bahawa saat2 kamu ditalkinkan semakin hampir dan tunggulah bahawa talkin untuk kamu akan dibacakan oleh DAP – BM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*