PAS Semakin Menerima UMNO?!

Fenomena yang teman kira tidak janggal masa kini bila mana ramai ahli PAS mula menghampiri UMNO demi menjaga kesuciaan dan perpaduan masyarakat malaysia bumi bertuah ini.

Diharap peristiwa ini memberi kesan yang positive diantara totok UMNO dan BEKAS RAKAN UMNO untuk sama berganding bahu menumpaskan anasir anarki yang kian merebak didalam perjuangan pakatan pembangkang!

Syabas dan selamat kembali kepada saudaraku yang dahulunya didalam PAS, Mohon bersama kami (UMNO) menentang penipuan yang diketuai Ketua Umum Pakatan Rakyat atau nama glemernya Al-Juburi(Gelaran oleh Mat Sabu S46)

Seramai 35 anggota dan penyokong PAS dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.
Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.
“Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini PAS pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya,” katanya kepada pemberita.
Ali yang menjadi anggota PAS selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.
“Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin PAS yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong PAS terkeliru. Sebelum ini kami ahli PAS pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka,” katanya.
Majlis penyerahan borang keahlian Umno didahului oleh Ali kepada Setiausaha UMNO bahagian Setiu, Ismail Samah
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*