PAS Syaitan Bisu – Cikgu Zainon Ismail

Bekas pengikut tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih sinonim dengan panggilan Cikgu Non semalam sekali lagi membuat pendedahan berhubung penyelewengan tabung Memali yang menurutnya bernilai jutaan ringgit. Beliau menjelaskan walaupun pernah mengemukan laporan penuh berhubung isu ini, namun ternyata Pas gagal mengambil tindakan malah sehingga kini tiada siasatan yang dijalankan bagi memperjuangkan hak balu dan anak yatim Memali.
Beliau yang mengadakan sidang akhbar yang semalam turut menjelaskan satu laporan polis telah dibuat olehnya pada 6 Februari yang lalu di balai polis jalan Dang Wangi bagi mengesa pihak berkuasa agar membuka kembali fail siasatan berhubung isu ini. Menurut beliau Ia juga merupakan rentetan dari cabaran yang dikemukan oleh Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar sebelum ini yang meminta beliau agar mebuat laporan polis.
Sebelum ini, beliau pernah mengatakan anggaran kutipan keseluruhan tabung ini bukan sedikit malah mencecah angka jutaan ringgit. Sebagai contoh Pas pernah mengumumkan hasil kutipan derma tabung Memali untuk satu program ceramah di Yan Kedah berjumlah hampir RM100 ribu lebih. Bayangkan dengan satu program ceramah Pas hampir seratus ribu dapat dikutip hasil derma para hadirin yang bersimpati dengan insiden berdarah Memali.
Dan secara kasar dalam setahun, Pas telah menganjur ratusan ceramah bagi mengumpulkan dana, dan program derma Jihad Memali dianjurkan hampir saban tahun. Tidak cukup dengan wang ringgit, ada juga dikalangan hadirin yang turut menyumbangkan barang kemas semata-mata untuk menyumbang kepada mangsa jihad tegas Cikgu Non.
Oleh yang demikian, beliau merasakan ia adalah merupakan tanggungjawab beliau untuk terus membangkitkan isu bertujuan untuk memastikan nasib dan hak waris tragedi berdarah itu mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Melalui salinan laporan polis yang diterima, Cikgu Non turut menegaskan bahawa beliau percaya terdapat juga penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Pas Kedah berhubung hasil penjualan peralatan Bengkel Jahitan Memali.
Kerajaan Malaysia sebelum ini bersetuju untuk memberikan saguhati sebanyak RM20,000.00 kepada setiap waris Memali. Namun apa yang mendukacitakan setelah menerima pimpinan tersebut, Pas Kedah memaksa semua waris untuk membayar kembali sebanyak RM3,000.00 setiap seorang atas alasan untuk menampung kos perbicaraan yang diadakan sebelum ini.
Sedangkan menurut Cikgu Non, sebelum ini Pas pusat telah menubuhkan tabung derma khas bagi membiayai semua kos yang berkaitan seperti bayaran peguam, saksi dan sebagainya.
Ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan, Cikgu Non menegaskan Majlis Syura dan ulama Pas umpama ‘Syaitan Bisu’ kerana tidak berani untuk bersuara dan tampil memperjuangkan isu ini. Sedangkan di dalam ajaran Islam menjaga hak dan kepentingan anak-anak yatim adalah suatu yang dituntut.
Walaupun wujud gerakan dari pimpinan atas Pas Pusat dan negeri Kedah bagi menghalang gerakan yang beliau lakukan, namun masih ramai juga pemimpin dan penyokong parti yang telah menyuarakan sokongan terhadap usaha yang dilakukan.
Yang lebih memeranjatkan, ekoran pendedahan berani beliau satu audit palsu telah dilakukan oleh pimpinan Pas negeri Kedah bagi menutup isu penyelewengan ini. Ini disebabkan kerana sejak tabung derma Memali mula ditubuhkan, Pas pusat juga tidak pernah menubuhkan sebarang jawatankuasa rasmi bagi menyelia dan memantau urusan pentadbiran tabung tersebut.
Di akhir ucapan, Cikgu Non menegaskan sekiranya Pas gagal menyelesaikan isu balu dan anak yatim Memali bagaimanakah Pas mampu untuk bela nasib rakyat secara keseluruhan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang? – SGB
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*