PAS Tidak Masalah Parlimen Bubar Hari Ini?! #PRU13

Mengikut nafsu bertanding memang la takde masalah, Masalah rakyat yang dijanjikan dalam manifesto dan janji-janji PRU12 dah selesai?

Kalau ditanya, soalan begini “Tok Guru, masalah rakyat kelantan seperti Amanat Haji Hadi, dan agenda Hudud dah selesai?” Agaknya mau tercabut serban dia. Sebut pasal hudud teringat aku seorang ADUN PAS dibalun dalam sidang DUN hingga tercabut kopiah.

PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok(Hari ini), kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Senarai calon, kita kira sudah selesai…tiada masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di Kota Baharu, Selasa.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.
Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud berkata, hari terakhir tempoh mandat lima tahun DUN berkenaan ialah pada 28 April ini.
-BERNAMA
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*