PAS Zalimi Pengikutnya Sendiri

Ungkapan UMNO Tolak Islam, BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS. Kata-kata ini didendangkan bagai koir, diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian.
Bendera parti pas
Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.
Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi, maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.
Bertitik tolak dari itu, para pemerhati tertanya-tanya, di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS? Benarkah UMNO begitu buruk, begitu jahat dan begitu kejam? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara?
Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.”
Logiknya, sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik, maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.
Justeru, bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi zalim yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur’an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut:
Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah.
Al Maa-idah 47: kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.
Al Kahfi 35: sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya.
Al-Anbiyaa’ 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri, lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka.
Al ‘Ankabuut 46: orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan.[Lagi SINI]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*