Pastikan Tidak Belaku Boikot Di Kedah?!

UMNO Kedah akan memastikan setiap anggotanya yang layak keluar mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti kerana setiap undi amat penting bagi menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jumlah pengundi berdaftar sehingga Disember 2012 sebanyak 1.043 juta orang dengan 40 peratus daripadanya adalah golongan muda.

Beliau berkata anggota Umno adalah kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar itu.

“Kita perlukan setiap undi supaya kemenangan berpihak kepada BN. Jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah diberi arahan pastikan semua ahli UMNO keluar mengundi.
“Pada hari pengundian mereka yang belum keluar mengundi akan dihubungi dan diminta keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini, malam tadi.
Ahmad Bashah berkata sasaran UMNO Kedah adalah 100 peratus anggota yang layak mengundi akan mengundi, termasuk 18,000 anggota yang berada di luar Kedah dan 38,000 anggota yang berada dalam negeri tetapi menetap di luar lokaliti pengundian mereka.
Katanya kekalahan BN pada PRU 2008 berpunca apabila ada sebilangan anggota UMNO tidak keluar mengundi kerana protes terhadap parti itu.
“Kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku pada PRU kali ini kerana kita sudah berasa betapa payahnya berada di bawah pemerintahan pakatan pembangkang dan saya percaya semangat di kalangan orang UMNO untuk ambil balik Kedah akan menyaksikan sasaran 100 peratus itu dapat dicapai,” katanya.
Mengulas mengenai ada individu tertentu mendakwa telah disahkan sebagai calon BN, Ahmad Bashah berkata orang yang membuat dakwaan itu hanya ‘syok sendiri’.
“Tidak ada siapa yang sudah disahkan sebagai calon. Saya sendiri juga belum tentu menjadi calon…calon hanya akan disahkan selepas pengumuman oleh presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Mesyuarat malam tadi turut merakamkan takziah kepada keluarga lapan anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*