Pasukan Khas RAJD ATM membantu mangsa pencemaran toksid di Pasir Gudang

https://i0.wp.com/pakdin.my/wp-content/uploads/2019/03/20190314-atm-bantu-mangsa-pencemaran-toksid.jpg?fit=600%2C400&ssl=1
Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia Tentera Darat (PNBRK TD) di bawah Skuadron Ke-12 Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di Markas 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka telah diaturgerakkan bagi membantu mangsa dan kejadian pencemaran bahan kimia di sekitar kawasan Pasir Gudang, hari ini.

Hanya satu sahaja unit begini di Malaysia. Antara kepakaranya adalah ‘mencuci’ atau ‘mengnyah chemicals / bahan nuklear’ yang terkena tubuh manusia/kawasan.

Pasukan 26 anggota diketuai Lt Kolonel Norhelmi Ismail, empat pegawai dan 21 anggota itu dilengkapi pelbagai peralatan, seperti ChemPro, Lightweight Chemical Detector (LCD), Sampling Equipment, CBRN Protective Suit (Complete), Tyvek Suit, Breathing Apparatus (BA), Nitrile Glove dan N95 Mask.

Semoga dipermudah segala kerja2 operasi membantu mangsa bencana pencemaran di Pasir Gudang khusunya Taman Pasir Putih.

#Pray4PasirGudang

http://pakdin.my/tag/pencemaran-toksid