Patrick Teoh Boleh Diampuni Begitu Sahaja?


Wassatiyyah ialah keadaannya bilamana keadaan memerlukan kita berlembut, kita seharusnya berlembut. Bilamana keadaan memerlukan kita bertegas, kita seharusnya bertegas. Keadaan bilamana kita perlu menghukum, maka kita perlu menjalankan hukuman tersebut. Bukan berterusan berlembut pada setiap saat dan masa meskipun kepala kita dipijak-pijak dengan kasut bekas pijakan najis mugallazah.


Kini telah muncul satu bentuk trend yang cuba memprogramkan ke dalam fikiran umat Islam supaya sentiasa bersifat dan bersikap dormant. Berlembut tidak kena tempat. Semuanya kerana cuba untuk menyesuaikan diri dalam kelompok ‘Muslim berhemah’. Kala mana spesifikasi yang menentukan siapa itu Muslim yang berhemah ditentukan oleh kehendak politik dan tekanan yang cuba dipaksakan ke atas orang-orang Islam oleh mereka-mereka yang bukan Islam. 

Muslim perlu sentiasa berlembut. Itu kehendak mereka. Itu juga yang telah secara tanpa sedar merasuk pemikiran kita. Jika Muslim itu perlu sentiasa berlembut pada setiap saat dan masa, entah apa pula tujuan sebahagian besar ayat-ayat Madiniyyah di dalam al Qur’an diturunkan. Apakah ia hanya sekadar bahan perhiasan dan lagu-laguan para qari yang hanya suka mendengar dan memperdengarkan tetapi jauh dari menjadikannya sebagai amali yang dituntut? [Artikel Penuh]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*