Monday, October 21, 2019

PDRM diarah kawal gereja dan kuil selepas tragedi serangan masjid di New Zealand

Nak kata Islam pengganas ke?
……….
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberikan kawalan dan perhatian penuh terhadap gereja dan kuil di negara ini bagi mengelakkan daripada insiden seperti yang berlaku di New Zealand.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan pihak sentiasa bersiap sedia bagi mengekang daripada berlaku sebarang insiden keganasan di negara ini.

“Kita mengecam tindakan ganas yang dilakukan oleh ekstremis agama yang berlaku di New Zealand dan bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Kita sudah meminta pihak polis memberikan kawalan dan perhatian serius, khususnya di tempat agama yang ada di negara ini.

“Nampak isu (yang berlaku di New Zealand) ini tidak akan berlaku di negara tetapi atas dasar bagi mengelakkan insiden seumpama itu berlaku di negara ini kita meminta pihak polis supaya sentiasa bersedia,” katanya pada sidang media di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 49 terbunuh, manakala 48 lagi dilaporkan cedera dalam serangan berlaku di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood, New Zealand, semalam.

http://pakdin.my/tag/masjid-christchurh