Pegawai Khas DAP : PKR Parti Pak Lawak?!

Semalam satu tamparan hebat kera-kera dalam DAP di atas tindakkan pegawai khas mereka, Jafrei Nordin!

Perletakkan jawatan pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, yang berkuat kuasa serta-merta merupakan satu tamparan buat kepimpinan pakatan pembangkang. Ini kerana selain meletakkan jawatannya Jafrei Nordin turut mendedahkan beberapa kebiadapan pemimpin DAP itu yang sudah pasti akan mengemparkan pemimpin dan penyokong di dalam PKR dan Pas.
Jafrei yang mengumumkan keputusan tersebut di dalam satu sidang akhbar yang turut di hadiri oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mengatakan telah hilang keyakinan terhadap Ronnie dan DAP. Beliau turut menjelaskan Ronnie adalah seorang pemimpin yang sangat rasis (perkauman) dan menganggap PKR adalah sebuah parti ‘pak lawak’ yang diterajui oleh ‘jokers’.
Walaupun perletakkan jawatan Jaffrei adalah merupakan satu isu yang kecil, namun pendedahan yang dilakukannya adalah merupakan satu pengajaran buat rakyat dan masyarakat. Penyokong Pas dan PKR perlu melihat secara serius perkara yang dibangkitkan khususnya mereka yang telah memberikan undi kepada DAP dalam pilihanraya yang lepas.
Penyokong Umno sebelum ini telah berulang kali mengingatkan akan watak ‘bermuka-muka’ DAP dalam membela agama Islam dan rakyat khususnya orang Melayu. Namun ia telah disangkal oleh Anwar Ibrahim yang mengatakan ia adalah merupakan helah politik bagi meraih simpati.
Menurut Jafrei lagi pemimpin utama DAP sering menganggap Anwar sebagai kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai cita-cita tersebut. Ia sekaligus menolak dakwaan Anwar yang sering mempertahankan hubungan antara DAP-PKR-Pas walaupun ramai yang sedar ia hanyalah merupakan sandiwara untuk menyakinkan penyokong mereka.
Lebih mengejutkan lagi, aktivis DAP sejak 2004 itu turut mendedahkan peranan yang dimainkan oleh Ronnie bagi memecah belahkan parti Pas di Selangor sebagai satu usaha untuk mendominasi pakatan di Selangor. Ia membuktikan bahawa selama ini DAP tidak pernah menerima Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan hanya mahu memperkudakan Pas bagi terus mendapatkan kuasa.
Pasti ramai yang masih ingat, insiden yang menimpa mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini yang terpaksa dikorbankan ekoran desakan dan tekanan DAP.
Yang hairannya, apabila ditanya pemimpin Pas hanya mampu menunding jari dan meletakkan kesalahan kepada Umno. Sedangkan pada hakikatnya mereka takut untuk berdepan dengan DAP kerana takut kehilangan kuasa, tambahan pula DAP mendapat sokongan padu dan dibela oleh Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya dengan pendedahan Jafrei ini, diharapkan semoga rakyat sedar dan mampu menilai niat sebenar DAP dalam menguasaikuasa sekaligus menghakis hak Islam dan Melayu di bumi Malaysia ini. Sesungguhnya mereka tidak pernah ikhlas dan jujur dalam membela rakyat. Apa yang menjadi keutamaan mereka adalah mengambil kesempatan di atas perpecahan Islam dan Melayu. – suaragenerasibaru

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*