Pelancaran Pesta Seks Komunis

Jika mengikut perkembangan terkini di seluruh dunia, komunis sebenarnya sudah runtuh terutamanya selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991. Kini, hanya tinggal beberapa saja lagi negara yg masih mengamalkan ideologi komunis seperti China, Korea Utara dan Cuba. China pun kini telah mentransformasi ideologi komunis mereka dengan menggunapakai sistem kapitalis. Apapun, secara keseluruhannya sistem komunis ini ternyata hanya indah khabar dari rupa. Kita boleh lihat negara yg mengamalkan ideologi ini lebih mudah dilanda huru-hara. Ideologi ini juga tidak mengikut fitrah manusia yg mengamalkan kepercayaan agama. Kini di Malaysia sudah ada pihak-pihak yg mahu menghidupkan semula ideologi komunis. Jadi sebagai rakyat Malaysia, apakah persediaan kita untuk menangani gelombang ini?

Akibatnya???
Kenapa Perlu Tolak Idealogi Komunis DAP di MALAYSIA?



1. Penganut-penganut komunis mempercayai bahawa sistem kapitalis (pasaran bebas) adalah buruk. Mengikut mereka, golongan pekerja dalam sistem kapitalis amat menderita.

2. Komunis mempercayai bahawa golongan pekerja harus bersatu dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan. Kemudian, mereka harus mengadakan revolusi untuk menjatuhkan kapitalis.

3. Komunis percaya bahawa masyarakat baru komunis akan menjadi masyarakat yang tidak berkelas. Tidak akan terdapat lagi golongan penindas dan golongan yang ditindas. Semua orang memiliki kekayaan yang sama (tidak akan wujud golongan kaya/elit).

4. Komunis percaya bahawa dalam sebuah negara komunis, semua harta adalah hak milik negara. Orang perseorangan tidak boleh memiliki tanah atau perniagaan. Pemilikan harta persendirian adalah merupakan ciri-ciri kapitalis yang perlu dielakkan. Semua harta mesti dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan. Harta-harta kapitalis akan dirampas.

5. Komunis anti agama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Mereka menganggap bahawa agama adalah candu masyarakat.

Sumber : Malaysia Dalam Sejarah 3
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*