Peluang Besar Dari Majlis Belia Selangor

Ramai yang duk demo OREN tu agak² tak berkerja elok pergi karnival gini, untung² dapat kerja daripada dapat maki hamun (menyesakkan lalu lintas/menyusahkan diri)
SHAH ALAM — Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya kepada golongan belia lepasan sijil dan diploma sempena Karnival Sayangi Selangor selama empat hari bermula hari ini di I-City, Seksyen 7 di sini.
Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Imorhizam Ibrahim berkata, peluang pekerjaan itu ditawarkan menerusi kaunter Jobs Malaysia yang dibuka dengan kerjasama MBS membabitkan 30 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau berkata, orang ramai terutamanya golongan muda boleh menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan melalui temuduga terbuka sepanjang karnival itu berlangsung.
“Mereka yang berminat boleh mengunjungi kaunter di Dataran Digital I-City, isi borang dan akan ditemuduga oleh wakil syarikat berkenaan,” katanya dalam sidang media di tapak karnival itu.
Imorhizam berkata, keputusan temuduga juga akan dimaklumkan pada hari yang sama kepada calon terbabit.— BERNAMA

Artikel Penuh: kosmo 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*