Pembangkang Ugut Penyokong?!


“Nak tengok sejauh mana keikhlasan tuan-puan, hok (sesiapa) buleh pitih (duit) BR1M kito pakat bui (bagi) kok (kepada) PAS pulok”

Itulah yang diminta oleh seorang penceramah PAS ketika siri ceramah mereka yang dibuat di sekitar Pantai Cahaya Bulan, yang turut dihadiri oleh Mat Sabu. Dalam ceramah tersebut, penceramah tersebut meminta ahli PAS yang dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menyumbang duit tersebut kepada tabung PAS yang dilancarkan oleh jentera PAS cawangan Semut Api.
Inilah kerja gila PAS, duit sumbangan yang kerajaan berikan untuk meringankan beban rakyat, tetapi orang PAS yang bodoh lagi bangang, setiap hari mereka melalak mengatakan barang naik, harga naik, cukai naik, air kepala takuk Mat Sabu naik serta pelbagai lagi fitnah untuk menggambarkan Barisan Nasional (BN) tidak memahami jerit-perih rakyat bawahan.
Tetapi apabila BN membantu rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan meringankan beban rakyat, mereka pula yang menyusahkan rakyat!
Dalam diam-diam wang rakyat diperas untuk memenuhi tabung milo mereka atas nama jihad, (jihad kepala takuk Mat Sabu barangkali). Mula-mula samakan penerima BR1M dengan binatang, selepas itu ‘binatang’ ini pula dikerah untuk memenuhi tembolok mereka.
Sampai bila rakyat Kelantan hendak diperbodohkan?Sampai bila rakyat Kelantan hendak ‘diperlembukan’?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*