PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP BELIA!

PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP BELIA KELAS PERTAMA MERENTASI BUDAYA, KAUM DAN AGAMA

  • Membangun dan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi memberi sokongan terhadap pembangunan psikologikal dan emosi belia
  • Memastikan dan menggalakkan pembangunan aspek fizikal atau gaya hidup belia melalui tabiat kesihatan yang baik;
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keperibadian yang utuh;
  • Merangsang perkembangan intelek belia yang melibatkan pemikiran analitikal dan kritikal;
  • untuk mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif untuk belia melalui hubungan positif kalangan belia;
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat;
  • Menyalurkan dan memberikan peluang kepada belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ekonomi negara;
  • Membangunkan aset dan potensi belia dengan menggilap bakat dan kemahiran yang sedia ada dalam diri mereka;
  • Memberikan pendedahan dan menerapkan prinsip-prinsip asas sosial bagi mengelakkan wujudnya golongan belia yang terlibat dalam masalah-masalah delinkuen;
  • Mewujudkan budaya pengurusan waktu senggang dan membantu dalam menyediakan akses terhadap kemudahan dan aktiviti rekreasi;
  • Memberikan hak atau peluang yang sama rata kepada semua belia, dalam mengakses maklumat, mengembangkan potensi diri, bakat, pendidikan dan latihan kemahiran, pekerjaan, hubungan sosial mengikut ciri-ciri peribadi tertentu, pilihan dan keupayaan.
  • Mewujudkan prasarana yang mesra belia serta berteknologi tinggi;
  • Mewujudkan persekitaran yang membantu belia terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukanan termasuklah penyediaan fasiliti sukan di semua peringkat;
  • Membangunkan prasara pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti tinggi, lengkap dan kondusif;
  • Menzahirkan pengurusan kualiti hidup kelas pertama menerusi peningkatan tahap kebertanggungjawaban belia terhadap diri, keluarga, komuniti setempat dan negara;
  • Menerapkan dan memastikan belia menghayati aspek kemahiran hidup(life skills) yang positif seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan, asertif mengurus tekanan serta penentuan matlamat hidup agar mereka berupaya menghindari diri daripada terjebak dengan gejala sosial.
  • Mewujudkan program khas bagi melahirkan golongan belia yang lebih berdikari serta kompetitif;
  • Mengimplementasikan Konsep Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) di kalangan belia;
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*