Pemuda Kelantan Saran Suruhanjaya Diraja Siasat Rasuah Tanah Balak

KUALA LUMPUR 27 Dis – Pemuda UMNO Kelantan hari ini menyarankan agar diwujudkan Suruhanjaya Diraja berhubung dakwaan yang melibatkan pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP.

Ketua Pemudanya, Annuar Safian berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan diharap dapat meneliti dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya yang sekaligus merungkai persoalan yang bermain difikiran orang ramai hari ini.
“Berdasarkan kepada isu Bazar Tok Guru serta lain-lain hal yang sebelum ini masih lagi belum mendapat maklum balas daripada SPRM, kita sarankan dalam soal ini pula agar diwujudkan satu Suruhanjaya Diraja.
“Ini penting memandangkan semua pihak meminta penjelasan selain menimbulkan tanda tanya kepada rakyat Kelantan. Bagi kita ini adalah jalan terbaik berhubung dakwaan berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya merayu agar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melihat perkara ini kerana ianya melibatkan dakwaan terhadap tanah serta masa depan rakyat  di negeri berkenaan. MediaUMNO

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*