Pendedahan Dokumen Rahsia Anwar, Azmin Dan Shamsidar, SPRM Apa Cerita??!

[Imbas Kembali AIDCNews – 30/05/12


Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, seperti dilaporkan Berita Harian berkata pihaknya membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen rahsia itu, di Balai Polis Putrajaya, petang semalam. 

Katanya, jika benar dakwaan Raja Petra itu, siasatan akan dilakukan kerana siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu. 
Dalam masa sama, katanya lagi, Panel Penilai Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuarat Khamis ini, bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995. 
“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini akan diketahui selepas kami membentangkan laporan kepada Panel Penilai Operasi, Khamis ini,” katanya. 
Raja Petra, Pengarang portal Malaysia Today dalam pendedahannya semalam mendakwa Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan BPR tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya. 
Sementara itu, Azmin seperti dilaporkan Mstar menafikan dakwaan itu melalui twitternya hari ini. 
“Tidak berasas, 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR (Badan Pencegah Rasuah),” katanya menerusi akaun twitternya pada Rabu. 
Selain itu, Azmin turut menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek. 
“Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT,” katanya. 
“Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno,” kata Mohamed Azmin dalam tweet balas kepada seorang lagi teman twitternya. [Artikel Penuh]
Bagaimana pula dengan pendedahan ini????

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*