Peneroka FELDA Suka Beranak Macam Kucing – IKON FELDA

Pengacara rancangan masak memasak Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali Chef Wan dinobatkan sebagai IKON FELDA 2019 lantaran populariti dan kejayaan beliau sebelum ini yang berjaya mengambil perhatian Kerajaan Pakatan Harapan. Semasa majlis penyampaian IKON FELDA tersebut beliau berkata :

 

“Malaysia diberkati dengan tanah yang baik dan terdapat banyak tanah terbiar. Kerajaan harus menswastakan tanah ini untuk tanaman.

“Saya telah pergi ke Australia, Norway dan Sweden untuk rancangan TV saya dan melihat bagaimana rakyat menanam tanaman dan meningkatkan ternakan, memanfaatkan sepenuhnya tanah dan menyumbang kepada ekonomi.

“Di belakang rumah, ramai orang Felda yang lain menjual subsidi baja yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan, dan apabila mereka menerima dividen, mereka berkahwin dua atau tiga dan ‘membiak seperti kucing’!

“Saya melihat semua ini ketika saya dewasa. Sikap buruk mereka telah disampaikan kepada cucu-cucu mereka.

“Jika kita malas dan tidak mahu berkorban, Tuhan tidak akan membantu kita dan kita tidak akan berjaya dalam kehidupan.”

Chef Wan juga berkata terdapat banyak “maggots” (ULAT) di kalangan peneroka yang tidak berterima kasih kepada Perdana Menteri (tun Mahathir) atas pengorbanan dan sumbangannya terhadap pembinaan negara.

Beliau berkata bahawa orang-orang seperti itu “membuat bising” setiap kali dia bercakap dan “hidup dari wang percuma” dari Kerajaan.

“Orang-orang yang tidak bersyukur ini dilahirkan sebagai sampah dan mereka akan menjadi sampah selama-lamanya.”

‘Felda settlers must work hard’ – Chef Wan https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2019/07/502537/showbiz-felda-settlers-must-work-hard-chef-wan

Terdahulu nama beliau menjadi sebutan ramai dengan kenyataan beliau mahu menampar Mantan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak (Akhirnya membuat pemohonan maaf secara terbuka dan mengakui dirasuk syaitan ketika mengeluarkan kenyataan begitu terhadap mantan PM).

Hari ini sekali lagi beliau melafaskan kata kata yang tidak wajar kepada para peneroka FELDA (rata rata mereka berumur) dan mendapat reaksi daripada DS Najib Razak Mantan perdana Menteri Malaysia dilaman sesawang FACEBOOK RASMI beliau. Didalam kenyataan yang dimuat naik sekitar jam 2.00 petang tadi tertulis :

“Ikon Felda bersuara.setelah diberi gelaran tersebut oleh kerajaan PH. Dia kata peneroka-peneroka FELDA adalah pemalas serta suka berkahwin dua atau tiga. Selepas berkahwin pula, peneroka ‘membiak seperti kuching'” 

“Ikon telah marah kerana ada sebilangan dari peneroka-peneroka telah membuat bising semasa PM ke-7 memberi ucapan. Dia gelar mereka sebagai ulat-ulat sampah (maggots) yang hanya tahu ambil duit kerajaan.”

“These ungrateful human beings are born to be rubbish and they will forever be rubbish.”

“Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan.” Tulis DS Najib Razak

———————————–

Sebelum ini beliau digelarkan PONDAN TUA ?Kini jadi IKON FELDA?

https://www.hangat.com/2019/54007/chef-wan-membidas-padu-kerana-digelar-pondan-tua/