Pengamal Media Baru PDRM Perlukan Kerjasama Kita!

Mereka perlukan kerja sama kita..2-3 Hari ini ramai yang cuba menyebarkan berita dan info yang terkini berkenaan insdent di Lahat Datu,Sabah.


Tetapi kita mestilah mengambil langkah berhati-hati dengan merahsiakan apa yang perlu berkenaan dengan aktiviti Polis/Tentera/Pasukan Keselamatan disana, Jangan secara tidak senaja kita membocorkan aktiviti pasukan kita kepada pihak lawan (Askar Sulu).

Dari statistik daeng tengok banyak viewer datang dari negara Filipina, Secara halusnya mereka mungkin cuba mencari info dan gambar-gambar aktiviti di Sabah. Jangan taktahu ea..Ramai orang sulu yang duduk di Sabah pandai baca/cakap Bahasa Malaysia.


Kepada facebooker/blogger yang di Sabah diharap jangan sebab nak mendapatkan liputan terkini secara tidak senaja membocorkan maklumat negara kepada mereka.


Mana yang UMUM sahaja kita sampaikan. Sebab ini melibatkan nyawa dan kedaulatan negara kita!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*