pengamal paranormal

Uncle Seeker Penangkap Hantu Penipu!!!

Selepas kes Niza Meroyan, ada lagi individu yang menghina dan mendedahkan aib Sultan, kerabat dan kerajaan Johor. Dengan memanggil nama dirinya Uncle Seekers, seorang penangkap hantu yang popular dia juga pernah terlibat mengelola rancangan TV tentang penemuan dan rakaman gelagat hantu. Di satu masa dahulu pernah disaman oleh bekas Permaisuri Agung, Aishah atas dedahan maklumat peribadi kisah hubungan intimnya dengan Aishah. Dia juga pernah digari dan disumbat ke dalam lokap kerana disyaki kes menyamar sebagai anggota polis.

Sekumpulan 30 individu telah membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” dakwa Khairul ketika ditemui.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

Banyak keraguan dan kemuskyilan tentang latarbelakang si Penangkap Hantu ini. Pendedahan kisah-kisah sensasi dalam artikel di blognya dana tulisan buku hantunya memang membuat dia menjadi sangat popular. Tetapi bak kata Dr Fadzilah Kamsah hanya ‘Hantu boleh nampak Hantu’.

Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia adalah permaisuri Sultan Johor yanag mana baginda adalah dari kerabat Sultan Perak. Kinta Menjerit sebagai rakyat Perak amat mengutuk tindakan si Hantu ni yang mulot cabul dedahkan aib Sultan Melayu kita, kononnya dia cakap bunyi macam nak nasihat tapi sebenarnya berniat busok dan ini bukanlah caranya menegur Raja kita. Paparkan dalam blog kasi satu dunia tahu, perlu diingat Raja bukan ahli politik untuk disensasikan kisah mereka.

Lu ni memang lah si Kitol yang cari publisiti murahan.

Sang Kantoi DEBAT kaw kaw

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

1 Comment

  1. kasi up same itu sultan wahai admin. up lagi. nanti leh dapat darjat kebesaran sbg penjilat bontot diraja. wakaka. skrg ni baru tahap cium bontot je.

    peniaga? kah kah kah. mane dia para pendekar 30 ribu tu?(padahal 10 ribu jek) kan baru ikrar taat setia. mane dia pendekar Datuk Nur Jazlann ngan Ksatria Ahmad Tarmizi Yusof? senyap je! xde kepentingan kot. hahaha. mungkin nyesal dan malu pasal ikrar taat setia pada sultan yg zalim lg haprak. jerit Daulat Tuanku! cuaca tgh panas tu wei. wat malu Umno jek.kah kah kah.

    lu ni pon kalu nak bela sultan, tgk la sultan yg camne. kalu sultan Kelantan, molek la. sultan Perak pon ok. ni mentang2 bini ku yem tu kerabat perak, automatik jadi yg maha mulia. terus backing abis. aurat pon xnak tutup. Ptuii.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*