Penyokong Pukul Budak

Tindakan penyokong parti pembangkang didakwa memukul seorang budak lelaki 11 tahun di Sik kerana menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) adalah perbuatan memalukan dan tidak beradab.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan kanak-kanak dan hak menyokong mana-mana parti adalah hak individu.

“Kalau dia nak sokong parti mana pun, itu hak dia. Kenapa mereka memukul kanak-kanak itu sedangkan dia berkata jujur menyokong Barisan Basional,” katanya selepas melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden Mohamad Ismadinel Ar Samsudin yang cedera selepas didakwa dipukul penyokong sebuah parti pembangkang gara-gara mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling pada kira-kira 9.37 malam Isnin lepas.

Ahmad Bashah yang kesal dengan kejadian itu berkata: “Sepanjang 12 kali pilihan raya umum diadakan, tak pernah ada lagi insiden seperti ini berlaku….kita (BN) juga telah memaklumkan kepada semua jentera kita supaya tidak melakukan sesuatu tindakan yang boleh memburukkan nama parti”.

Semoga cepat sembuh..Daeng nasihat kan adik ini jangan pro sangat..
Bukan umur adik nak lawan setan besar berkopiah tu





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*