PERAK: RM165,000 Untuk Rakyat Sungai Siput

SUNGAI SIPUT 23 Dis. – Seramai 141 penduduk Orang Asli di Kampung Langkor, Pos Kenang dekat sini akhirnya memperolehi bekalan air bersih setelah lebih 20 tahun menetap di kampung tersebut.


Bekalan air bersih yang diperolehi sejak Julai lalu itu adalah melalui Projek Libatsama Universiti-Komuniti antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan kerajaan negeri.
Ketua projek, Prof. Ir. Dr. Mohd. Nordin Adlan berkata, projek yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM165,000 itu meliputi pembinaan empangan, penuras kasar aliran mendatar dan saluran paip ke kampung tersebut.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*