Perangai Macam BABI Jalanan

Buat baik pun salah, Bayangkan kalau buat jahat?? 100 tahun disalahkan..Kepada yang tak menangisi kematian atas kecelakkan jalan raya akibat perbuatan pemandu cuai yang menekan pedal minyak tanpa memikirkan keselamatan Penumpang/penunggang  motosikal /pemandu lain sehingga mengundang kemalangan maut.

Korang kenangkan tak statistik tahun² lepas? Setiap kali menjelangnya musim perayaan..agak2 berapa ramai yang mati katak diatas jalan raya?Ajal itu satu perkara..tapi korang fikirkan tak sikap pemanduan rakyat malaysia hari ini mcm mana?negara kecik tapi yang mati dijalanraya ramai gila..Ini soal sikap pemanduan bukan pasal untung sana untung sini, agak2 berapa RM (korang yang tak sokong AES) ini mampu bayar nyawa yang melayang akibat pemanduan tidak berhemah orang lain?


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lalu.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

“Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini.

Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Setakat ini katanya, tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan. – Credit

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*