Perdayakan Wanita Dan Berkahwin 11 Kali..!!


Beberapa hari ni, melalui laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter, cerita mengenai seorang Ustaz penipu mula tersebar. Lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Razis itu dikatakan telah memperdaya 11 orang wanita Muslimah. Modus operandinya, menjadikan gadis gadis bertudung labuh itu isteri, kemudian meninggalkan mereka terkontang kanting tanpa berita. Malah ada yang ditinggalkan bersama anak anak kecil! Kini dikatakan ‘Ustaz Razis’ mempunyai 11 isteri yang dikahwininya secara penipuan.

Memang kalau tengok dalam gambar, Masyaallah sucinya muka! Tapi dia sanggup menggunakan nama agama untuk melakukan kegiatan jahat. Bukan setakat menipu gadis gadis Muslimah, dia juga pernah dibongkarkan sebelum ini melakukan penipuan berbentuk wang tunai.
Tetapi malangnya, ada diantara mangsa (isteri) tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendedahkan kejahatan ‘Ustaz Razis’ atas alasan tidak mahu mendedahkan aib suami. Ni bukan kira nak sebar aib dah. Ini satu jenayah! Dalam Islam memang suruh kita taat suami tapi bukan bermakna perlu bersetongkol dengan kejahatan suami macam ni. Apatah lagi dalam kes ini, ‘Ustaz Razis’ telah banyak memperdaya gadis yang naif dan baik baik.
Jika dilihat daripada komen-komen di facebook, memang ramai yang telah ditipu beliau.
Untuk lihat bukti, boleh klik dibawah:
Dan yang lebih mengejutkan beliau adalah Pemuda PAS Malaysia. Apa nak dipelikkan, itu la PAS. Nasihat untuk perempuan diluar sana, jangan la sesekali berkahwin dengan Ustaz PAS. Ini baru satu kes. Belum ambik kira kes bai’ah jika keluar parti, isteri akan tercerai talak 3. Sebenarnya ada banyak lagi kes yang tak diketahui umum. Apa pun, sediakan payung sebelum hujan. Banyaknya kes perempuan ditinggalkan suami semua disebabkan PAS. PAS adalah parti yang mencemarkan Islam. Bukan nak burukkan PAS, tapi itu la hakikatnya. Tolak PAS anda selamat, Malaysia selamat, Islam pun selamat. Insya-Allah..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*