Perhatian Kepada Calon BN

Perhatian kepada semua calon-calon Barisan Nasional yang terpilih. Create la satu page Facebook khas di atas nama anda. Kami para cybertrooper BN akan bantu mewar-warkannya . Mengapa perlu buat page berbanding profile Facebook yang biasa? Kerana Profile yang biasa hanya menerima jumlah rakan yang sangat terhad, manakala Page pula boleh menampung sampai ribuan LIKE.

Dengan adanya page ini nanti, rakyat boleh berinteraksi dengan anda semua mengadu masalah. Rakyat memerlukan pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat. Mendengar permasalahan rakyat sepanjang masa, bukan semasa pilihanraya sahaja.

Disamping itu create juga akaun Twitter. Jika tak mampu uruskan sendiri akaun tersebut, lantik la orang yang boleh dipercayai untuk uruskannya. Akan tetapi ianya lebih baik anda sendiri yang uruskannya. Maka anda menjadi lebih dekat dengan rakyat. Jangan jadikan kesibukan satu alasan. Zaman sekarang internet sudah boleh diakses secara mudah alih dengan adanya tablet.

P/S: Mohon semua sahabat share dan sampaikan kepada semua calon BN…

www.cywarputrajaya.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*