Perhimpunan Selamatkan Bumi Kedah

sebahagian daripada hampir 10,000 anak muda Kedah yang hadir pada perhimpunan Selamatkan Bumi Kedah di Charok Batang Padi di Tasik Pedu untuk melihat sendiri kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti pembalakan berleluasa oleh Kerajaan Pas Kedah di Pedu, Padang Terap, semalam. – mingguan/Kamal Basir
Rakyat negeri ini terus bangkit dan bersatu hati membantah aktiviti pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air apabila kira-kira 10,000 orang muda berhimpun secara aman di Charok Batang Padi, Pedu dekat sini hari ini sebagai memprotes tindakan kerajaan Pas Kedah itu.

Peserta perhimpunan yang memakai baju merah sebagai simbolik kebangkitan gelombang merah di Kedah menaiki lebih 2,000 buah motosikal, 675 kereta dan 58 buah bas dari seluruh negeri ini berhimpun selama lebih tiga jam di kawasan berkenaan bermula pukul 10 pagi.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*