Perjumpaan BNPC Bersama MB Perak 2013


Perjumpaan Rakan Barisan Nasional Perak Cemerlang(BNPC) telah berlansung dengan meriahnya pada malam 13/02/2013 di kediaman rasmi MB, Kehadiran Rakyat berbilang bangsa dan berlainan fahaman politik juga boleh disatukan dalam sebuah majlis yang serba sederhana dan santai, syabas kepada penganjur Cikgu Lin yang tampil membuat perjumpaan bersama DS. Zambry Abdul Kadir MB Perak

Pertemuan rakan² facebook dan blogger yang dianjurkan ini bukanlah ianya kali pertama kerana pada tahun lepas bulan April 2012 perjumpaan pertama BNPC telah berlansung,ini adalah susulan kedua yang dibuat demi membantu mendekatkan lagi warga perak khususnya daripada facebook dan blogger ditemukan dialam nyata, Diharapkan program santai seperti ini boleh kiranya dilaksanakan disetiap tahun diseluruh negeri, tak kisahlah tentang mileage politik tetapi program sebegini banyak membantu kita rakyat mendekati dan mengenali pemimpin kita. Syabas sekali lagi Cikgu Linda Krew² yang terlibat secara langsung atau tidak.

Thank videographer : tokguru86.blogspot.com

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*