Perjumpaan Mohon Maaf Cikgu Non Serta Kepimpinan Ulama Pondok Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya merupakan satu pertandingan antara parti bukan orang perseorangan kerana hanya parti yang menang boleh menubuhkan sesebuah kerajaan.
Sehubungan itu, kesetiaan kepada parti katanya, amat dituntut untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Saya nak ingatkan kepada semua pihak bahawa pilihan raya adalah pertandingan antara parti bukan antara orang perseorangan dan kalau nak tubuh kerajaan, ia mesti dipilih daripada parti yang menang.
“Jangan kira siapa jadi calon…kalau kita letak calon MCA, UMNO dan MIC mesti sokong dan kalau kita letak calon UMNO pula, MCA dan MIC juga mesti sokong untuk pastikan kemenangan BN.
“Apabila parti menang, kita dapat tubuh kerajaan…lebih kuat kerajaan itu, lebih baiklah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ustaz pondok negara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pagi tadi.
Mengulas pembubaran Parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi, Tun Mahathir berkata, walaupun Parlimen dibubarkan kelmarin atau minggu lepas sekalipun, beliau yakin BN akan memenangi pilihan raya kali ini.
Namun, beliau berpendapat peluang mendapat majoriti 2/3 mungkin sukar sedikit tetapi mengakui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin meningkat.
“Ada bukti menunjukkan sokongan kaum Cina sudah berubah dan mereka kini bersedia berjumpa dan mendengar hasrat yang diutarakan pemimpin BN,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau mencadangkan agar Lim Kit Siang agar bersara daripada arena politik dan memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding PRU-13.
“Eloklah Kit Siang ikut teladan saya yang ambil keputusan bersara dengan letak jawatan pada 2003 meskipun ramai mengakui beliau adalah pemimpin yang berpengaruh.
“Tetapi apabila tiba masanya, dia kena tarik diri dan bagi peluang kepada orang muda untuk bertanding. Dia ingat dia nak tongkat langit, kalau dia tak ada, langit akan runtuh,” katanya lagi.
Untuk galeri gambar – KLIK SINI

peraktoday
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*