PERKASA PERAK Tiup Semboyan!!


1 Mac 2013,Hotel Seri Malaysia-Perkasa Perak iaitu sebuah badan NGO orang Melayu akan menganjurkan satu Himpunan Rakyat Perak Bertempat di Dataran Bagan Serai Perak pada hari Ahad,3 Mac 2013,yang dianggarkan kehadirannya mencecah lebih kurang 10,000 orang rakyat,Kata Pengerusi Perkasa Perak,Md Yussuf Alang Ahmad.

Menurut nya lagi, beliau berkata dalam sidang media sebentar tadi tetamu yang akan diberi untuk membuat ucapan iaitu Dato’ Ibrahim Ali, Dato’ Zahir Mat Arip ,Mursyidul Am Tibai .Turut hadir ke himpunan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir serta Isterinya Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir akan memberi ucap tama pada himpunan bekernaan.
Selain itu,katanya lagi didalam sidang media,himpunan ini merupakan satu himpunan yang mendapat sokongan daripada pemimpin berdekatan dengan bagan serai serta beliau mengaskan akan wujud satu gelombang keyakinan baru,satu kekuatan baru serta penyampaian maklumat yang sebenar kepada rakyat.Beliau juga mengharapkan Tun Mahathir memberi input yang berguna buat rakyat yang hadir ke himpunan tersebut.
Ketua Penerangan Perkasa Perak, Saudara Mahhadee bin Ramlee berkata,himpunan Rakyat Perak ini adalah satu rentetan daripada perhimpunan yang telah diadakan di Pasir Salak yang dianggarkan kehadirannya mencecah 7,000-8,000 kehadiran.Beliau juga menegaskan Perkasa akan sedaya upaya akan membantu kerajaan dalam semua perkara. [Cerita Penuh]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*