PKNS Sudah Terpesong Dari Tujuan Asal

Pengerusi Gerakan Rakyat Prihatin (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan mendesak kerajaan negeri Selangor agar membatalkan projek perumahan Datum Jelatek di Kg. Dato Keramat yang disifatkan beliau sebagai sebuah projek yang menindas rakyat serta tidak memberikan sebarang manfaat dan keuntungan terhadap rakyat setempat.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menurut beliau perlulah merancang projek perumahan yang lebih sesuai mengikut keadaan sesebuah tempat dan sebagai sebuah syarikat perumahan untuk bumuputra, PKNS tidak perlu bersaing dengan syarikat perumahan swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.
“Rakyat di sini telah meluahkan rasa kekecewaan yang amat sangat dengan PKNS, Menteri Besar dan juga Azmin Ali selaku pengerusi PKNS dengan hasrat mereka untuk melaksanakan projek mega seperti ini.
“Rakyat juga tahu bahawa projek Datum Jelatek turut melibatkan pelabur asing dari luar negara yang bakal mengambil hak-hak penduduk setempat di kawasan ini. Saya yakin dan percaya, dengan harga jualan kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM 956,000 hingga RM 11.6 itu, tidak ada yang mampu untuk membeli dan memiliki rumah yang bakal di bina melalui projek itu,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau seterusnya membidas perancangan PKNS yang mahu melaksanakan projek perumahan seperti ini yang begitu jelas sekali tidak relevan untuk dibangunkan di kawasan tersebut, di mana harga rumah yang bakal dijual mencecah jutaan ringgit yang sudah pasti tidak mampu dimiliki oleh penduduk di kawasan tersebut.
“PKNS hari ini saya lihat sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya untuk membina rumah-rumah kos rendah dan mampu milik di Selangor. Dengan perancangan projek mega Datuk Jelatek ini, sudah jelas bahawa PKNS telah menyimpang dari matlamat asalnya semata-mata mahukan keuntungan yang lebih dan sehingga sanggup mengenepikan hak-hak penduduk kawasan ini.
“Bahkan tindakan mereka yang sama sepertimana tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membawa masuk pelabur-pelabur asing dari luar negara seperti Singapura ini dilihat sebagai satu ancaman terhadap pemilikan hartanah bumiputera di kawasan ini,” tegasnya.
Terdahulu semalam, beliau bersama kira-kira 100 orang wakil persatuan penduduk beserta beberapa NGO telah mengadakan tinjauan ke tapak projek tersebut dalam satu demonstrasi aman bagi membantah perlaksanaan projek Datum Jelatek itu.
Antara pemimpin yang turut hadir dalam demonstrasi aman itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, Presiden Gerakan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS),Hamidzun Kahiruddin dan beberapa pemimpin penduduk setempat.a
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*