PPS Report Polis Tangkap Tian Chua

Tindakan Naib Presiden Parti KeADlian Rakyat (PKR) Tian Chua yang mendakwa tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan dua anggota Polis minggu lalu yang telah mengorbankan 6 anggota Polis, seorang yang berpangkat Superintendan hanyalah ‘sandiwara’ UMNO/BN.

Kebiadapan Tian Chua yang mengeluarkan perkataan sedemikian telah menjadi kemarahan kepada seluruh ahli UMNO yang ada di muka bumi Malaysia ini kerana memanipulasikan tragedi yang menimpa di Lahad Datu, Kunak dan Semporna sebagai sandiwara terancang oleh kerajaan BN/UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS), Dato Seri Mohd Jeffry Rosman bersama-sama ahlinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu, kelmarin dan membantah sekeras-kerasnya kenyataan liar Tian Chua.

“Saya membuat laporan Polis ini kerana membantah sekeras-kerasnya kenyataan Tian Chua yang mendakwa tragedi di Lahad Datu, Kunak Dan Semporna sehingga meragut nyawa anggota Polis sandiwara tidak masuk akal,” kata Jeffry yang mendesak agar pihak berkuasa menangkap Tian Chua atas tuduhan menghasut.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*