PR Janji Satu Juta Peluang Kerjaya?

Janji pakatan pembangkang yang kononnya mahu menyediakan satu juta peluang pekerjaan untuk rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto baru mereka tidak lebih sekadar “sampah” yang tidak memberi sebarang makna, demikian pandangan Pengerusi Sekreatariat Pekerja Muda Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Nazir Hussin Akhtar Hussin.

“Jika dilihat daripada janji ini dan dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebenarnya kerajaan telah menyediakan hampir sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat sejak Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) diperkenalkan.
“Kerajaan juga sebenarnya telah menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 melalui 12 sektor NKEA. Malah negara mencapai 6.45 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun lalu. Ini menunjukkan ekonomi negara berkembang pesat dan peluang pekerjaan memang banyak.
“Tetapi apa yang rakyat perlu faham kononnya pakatan pembangkang mahu mengurangkan pekerja asing dan menggantikannya dengan warga tempatan adalah tidak logik kerana pekerja asing ini membuat kerja-kerja buruh yang tidak mahu dibuat oleh warga tempatan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau turut memberi jawatan sebagai pengawal keselamatan sebagai contoh di mana warga asing memang diperlukan bagi tempat-tempat yang panas, jauh, berhabuk dan sebagainya kerana warga tempatan tidak mahu melakukan kerja-kerja sebegini.
“Begitu juga kerja-kerja kontrak membina bangunan dan sebagainya. Warga tempatan agak memilih kepada bidang pekerjaan mengikut kelayakan mereka”, ujarnya.
Tegas beliau lagi jika benar pakatan pembangkang ingin melaksanakan apa yang telah dimasukkan dalam manifesto terbaru mereka ini, mengapa tidak mereka laksanakan terlebih dahulu di negeri yang mereka kuasai.
Jelasnya negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sebenarnya gagal mewujudkan peluang pekerjaan baru melainkan berdasarkan kepada projek-projek yang diwarisi daripada zaman UMNO dan BN.
“Kita lihat betapa ramai rakyat negeri Kelantan yang bekerja di luar negeri mereka. Sebab apa? Sebab di Kelantan tiada peluang pekerjaan.
“Laksanakan dahulu di negeri jajahan mereka baru mereka boleh buktikan kepada rakyat. Lagipun Menteri Besar Selangor sendiri sudah menyatakan bahawa manifesto bukan janji. Jadi buat apa lagi kita nak percaya kepada mereka. Dahulu pun janji mahu memberikan gaji minimum kepada RM1500 namun sehingga kini gagal ditunaikan”, katanya.
Tambah beliau pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji tersebut kerana mereka tahu mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.
“Dahulu janji ini dibuat kerana kerajaan mengumumkan gaji minimum RM900.00. Mereka pun umumkan lebih tinggi kononnya mereka lagi bagus.
“Tapi kita buat… Mereka masih tidak mampu tunaikan. Janji mereka ini adalah janji yang patut ditolak oleh rakyat. Mereka hanya tahu tipu lepas tipu, lepas tipu, tipu lagi… bagaimana mereka mahu mewujudkan peluang pekerjaan yang besar sedangkan mereka pernah berhasrat untuk mengurangkan kakitangan kerajaan sekiranya mereka memerintah,” ujarnya.
Adakah releven depa nak janji 1Juta peluang perkerjaan sedangkan mereka mahu mengecilkan sektor kerajaan?Kalau kecilkan bermakna pecat/buang kan?
lagi sini:  Rafizi Jambu menafikan Pakatan Rakyat akan mengecilkan saiz ektor awam negara. Cakap Bohong!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*