PR kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

PRU-13 sangat penting dalam mengekalkan segala apa yang dikecapi kini. Jangan sanggup untuk menggadaikan masa depan anak cucu kita hanya kerana sentimen sakit hati dan dengki dengan Umno yang menunjangi BN ketika ini. 

Tiada salahnya Umno kepada orang2 Melayu Islam di negara ini..yang berbuat kesilapan serba sedikit sebanyak adalah manusia..Semua pemimpin mana2 parti politik ada melakukan kesalahan dan kesilapan lantaran kita semua adalah manusia biasa. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini bahawa kita perlu memilih di antara banyak parti yang semuanya punya masalah…. namun kita harus memilih parti mana yang paling kurang masalahnya dan telah membuktikan akan kemampuannya memerintah negara ini.

Persoalan rasuah, salah guna kuasa, krisis moral pemimpin, semuanya ada pada semua parti termasuk parti yang dipimpin oleh orang2 dari aliran agama..ilmu agama yang tinggi tidak mencukupi untuk menjadi umarak kalau lemah dari segi kepimpinan dan pentadbiran duniawi..Sebab itu ulamak dan umarak mempunyai peranan masing2..

Tidak cukup kalau kita kuat beribadat kerana itu hanya untuk diri kita sendiri..Mentadbir sesebuah kerajaan di muka bumi ini memerlukan kepada skil, kebijaksanaan serta keupayaan menyelesaikan masalah berlandaskan kepada ajaran agama..Agama akan menjadi faktor menguatkan lagi nilai seseorang pemimpin..Masalah tidak akan selesai jika kita hanya tahu menghukum itu haram dan ini haram..

Masalah perlu kepada pemikiran yang kreatif, kritis serta langkah2 penyelesaian yang konkrit. Pemimpin yang baik akan mengepalai sebuah parti politik yang baik dan stabil supaya ia dapat begerak sebagai sebuah entiti yang berkesan bagi membantu rakyat..Kita boleh mencari seribu satu kesalahan dan kelemahan orang lain tetapi dalam masa yang sama kita perlu menginsafi serta bermuhasabah diri untuk menerima kelemahan serta kekurangan diri kita sendiri.. Pemimpin yang baik tidak bersifat pendendam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nik Aziz.

Kalaulah Nik Aziz pemimpin yng benar2 memiliki sifat Islamik yang tinggi maka dia akan sentiasa berlapang dada dan memaafkan pihak yang tidak dipersetujuinya. Nik Aziz perlu menegur kesalahan dan moral pemimpin2 dari partinya juga. Nik Aziz perlu berhikmah apabila menegur dan bukannya beremosi yang menampakkan lagi kelemahannya sebagai seorang ahli politik yang sepatutnya disegani..

Begitu juga dalam soal memilih kerajaan, kita perlukan sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha dan bekerja kuat untuk membantu sebanyak mana yang mampu dan bukannya asyik bercakap sahaja tetapi tiada apa2 pun yang dibuat. Lebih teruk lagi pihak yang kita sindir, kita keji, kita hina lebih banyak jasanya berbanding kita sendiri..Islam menyuruh kita hidup saling bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain..Janganlah kita menuduh pihak lain tidak Islamik semata2 hanya kerana mereka tidak menyokong apa yang kita hendak lakukan..

Hudud umpamanya hanyalah sebahagian daripada hukum Islam yang cuba hendak dilaksanakan di Malaysia ini oleh Pas..Namun tanpa hudud Pas pun Islam telah tertegak, terlaksana dan dapat diamalkan secara syumul di Malaysia ini hasil daripada perjuangan Umno,,Kalaulah Pas gagal untuk melaksanakan hududnya jangan meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain..Pas harus bermuhasabah diri mencari di manakah kesilapannya sehingga menyebabkan ALLAH tidak merestui dan memakbulkan doa puak2 PAs yang siang malam asyik berhimpun, berceramah dan bersolah hajat meminta itu dan ini. 

Tanyalah mengapa ALLAH masih meredhakan UMNO/BN terus memerintah negara ini? Tanyalah mengapa ALLAH masih mengizinkan pemimpin2 UMNO terus menjadi Perdana Menteri Malaysia? Pandanglah ALLAH dalam segala hal..jangan asyik pandai berkata2 dan riak dengan imej Islamik sahaja tetapi sebenarnya isinya kosong..sedarlah wahai pemimpin2 dan pencacai2 PAs..anda hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahannya seperti kami juga 

– Bung


KUALA LUMPUR 1 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemberian undi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang berjuang untuk negara ini da

n kemajuan orang Melayu serta kaum lain.



“Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan ke atas bangsa tercinta.



“Satu undi untuk UMNO dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia,” katanya.



Beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan demikian ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.



Najib berkata, inilah masanya untuk ahli-ahli UMNO berada dalam barisan yang bersatu bagi menentang fitnah daripada Pas, menentang pluralisme daripada PKR dan menentang perkauman daripada DAP.



“Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu anak-anak kita gelap masa depan? Adakah mahu negara ini porak peranda? Adakah kita sanggup memperjudi masa depan negara?



Kalau semua jawapan tidak, katakan “tidak” pada PKR, katakan “tidak” kepada Pas dan katakan “tidak” kepada DAP,” katanya.



Beliau juga meminta, ahli-ahli UMNO supaya membayangkan segala kesyukuran, kedamaian dan kebahagiaan yang dikecapi dan dinikmati serta yang akan terus dirasai hasil pemerintahan UMNO dan BN berbanding jika pembangkang yang memerintah.



“Bayangkan juga segala kehancuran, kemusnahan, kerosakan, porak peranda dan kebangsatan jika pilih pembangkang. Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia, demi bumi bertuah, demi anak cucu kita, mesti setia kepada perjuangan UMNO.



“Yakinlah hanya UMNO yang mampu mempertahan kesucian agama Islam. Hanya UMNO yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan kaum-kaum lain. Katakan dalam jiwa kita, hidup dan mati hanya untuk Islam. Wajib pertahankan UMNO kerana UMNO pertahankan Islam,” katanya.



-Utusan Malaysia, 2 Disember, 2012



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*