PRN SARAWAK : “Ali Biju Tidak Boleh Tarik Diri” – Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Calon pilihan raya tidak boleh menarik diri selepas tempoh penamaan calon tamat seperti yang termaktub di bawah Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), menurut Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata, sekiranya calon menyatakan hasrat untuk menarik diri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan nama daripada pencalonan dan kekal pada kertas undi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, susulan akur dengan nasihat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Ini bermakna, jika Datuk Ali (Ali) mendapat undi tertinggi selepas mengumum menarik diri, dia masih akan diumum sebagai pemenang.

“Saya mencadangkan agar Datuk Ali meneruskan kempen dengan memberi sokongan kepada calon GPS (Gabungan Parti Sarawak), Friday Belik. Ini adalah langkah terbaik untuk memastikan pengundi tidak berada di dalam keadaan keliru,” katanya di Facebook.

Semalam, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata, beliau menginsafi keputusan bertanding akan menjejaskan hubungan baik antara Bersatu dengan GPS.

“Saya telah mendapat nasihat daripada pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati antara Perikatan Nasional dan Pengerusi GPS, Abang Johari Openg,” katanya dalam kenyataan. – Sumber