PRN Sarawak : Beri Sokongan Kepada GPS – Datuk Julaihi

Perjumpaan jentera Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Sungai Nyamok bersama Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi disambut sangat menggalakkan, pada Rabu.

Menurut Datuk Julaihi, perjumpaan tersebut bertujuan memberikan penjelasan dan pencerahan terkini mengenai dasar dan agenda pembangunan khususnya dari segi pelaksanaan dan pencapaian terkini GPS di kawasan Sebuyau, termasuk manifesto GPS PRN-12 kepada jentera parti.

Beliau berharap agar semua penduduk khususnya pengundi di Sebuyau terus memberikan sokongan keyakinan kepada GPS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi memastikan dasar dan agenda pembangunan dapat diteruskan.

Perubahan pembangunan yang terus dilaksanakan di kawasan Sebuyau adalah selaras dengan dasar dan agenda pembangunan yang memberikan manfaat kepada penduduk.

 

sumber