PRN SARAWAK : BERSATU ULANGI TAKTIK SAMA? #PRNSarawak #PRNSarawak12 #SarawakFirst

PRN SARAWAK 12 : BERSATU ULANGI TAKTIK SAMA? KALI INI GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS).

Pada hari penamaan calon Isnin lalu, Ali Biju yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli membuat keputusan dengan bertanding di DUN Krian sebagai calon Bebas.

Tiba tiba heboh kononnya tindakan Ali Biju menjadi calon BEBAS di Pilihanraya Negeri Sarawak kononnya tidak mendapat kebenaran presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah ‘wayang’ yang sama dimainkan sepertimana BERSATU meletakkan calon BEBAS menentang Calon Barisan Nasional dalam pertembungan di PRN Sabah tidak lama dahulu (yang membawa kepada kekalahan 3 kerusi yang turut ditandingi oleh parti Barisan Nasional) Selepas menang semua calon BEBAS tersebut menyokong Perikatan Nasional (PM Muhyiddin) untuk melantik Ketua Menteri dari wakil parti BERSATU.

3 Calon BEBAS Sabah

Menurut undang undang di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Sekiranya calon menyatakan hasrat untuk menarik diri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan nama beliau daripada pencalonan dan namanya akan terus kekal pada kertas undi. Hal ini pastinya akan mengelirukan para pengundi di DUN Krian dan akhirnya belaku ‘pecah undi’, seandainya beliau mendapat undi tertinggi pada PRN kali ini beliau tetap diumumkan sebagai pemenang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

 

Presiden BERSATU tidak tahu Naib Pengerusi Negeri bertanding?

Ini perkara yang amat melucukan dan jelas cubaan untuk memperbodohkan GPS dan para pengundi PRN Sarawak sedangkan Datuk Ali Biju adalah Naib Pengerusi Bersatu Sarawak. Ali Biju yang boleh dikelaskan sebagai ‘First Layer’ paling utama dalam sebuah organisasi parti politik khususnya di Malaysia.

Tindakan calon BERSATU ini adalah satu komplot terancang untuk menikam GPS pada PRN Sarawak. Mana mungkin menjadi calon sesuatu Piliharaya Presidenya tidak mendapat makluman daripada bakal calon.

Walaubagaimanapun dihadapan media, Ali Biju telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di DUN Krian. Di lapangan kita semua tidak tahu apa yang difikirkan oleh masyarakat setempat yang telah 10 tahun mengundi Ali Biju (calon sejak 2011)

“Saya telah mendapat nasihat daripada pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara PN dan Pengerusi GPS” katanya dalam sidang media semalam setelah empat (4) hari memberikan komitmen sebagai calon BEBAS.

Ali Biju Salah Seorang Ahli Parlimen ‘Lompat Parti’ 

Datuk Ali Biju yang kini Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016 dan pada Februari 2020 beliau bersama 11 Ahli Parlimen mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Azmin Ali (tidak lama kemudian mereka menyertai BERSATU).

Menurut laporan rasmi 4 calon DUN dari BERSATU yang ditandingi PRN Sarawak 12 ‘tanpa pengetahuan Muhyyiddin’ mereka adalah Datuk Ali Biju Naib Pengerusi BERSATU Sarawak (Calon DUN Krian), Saudara Siki Balarik Ketua BERSATU Hulu Rajang (Calon DUN Belaga), Saudara Ismawi Muhammad Ketua BERSATU Kota Samarahan (Calon DUN Muara Tuang), Dan juga Saudara Ricky Enteri adalah ahli BERSATU di Sibu (Calon DUN Bawang Assan).

Lucut Keahlian Serta Merta Tiada dalam Pelembagaan BERSATU

Perlembagaan Bersatu menyatakan mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk melucutkan keahlian serta-merta.” – Wan Saiful Wan Jan

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan berkata, partinya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap semua ahlinya bertanding dalam PRN kali ini. Sedangkan tiada peruntukan dalam Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pindaan 2018 yang membolehkan Lembaga Disiplin Parti mengambil tindakan atau memecat ahli serta-merta tanpa mengikut proses peraturan ditetapkan (due process).

Berdasarkan Fasal 23 Perlembagaan Bersatu pindaan tahun 2019, setiap aduan perlu bertulis berhubung salah laku mana-mana ahli atau perlanggaran peruntukan Perlembagaan parti hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan. (Bertulis bukan sekadar ‘cakap mulut’ depan media).

BAGAIMANAKAH Ketua ketua Bahagian BERSATU dan Naib Pegerusi Negeri masuk bertanding PRN tanpa kebenaran/pengetahuan Presiden dan Parti?

Adakah BERSATU kononnya mahu mengambil tindakan tatatertib ini adalah sekadar madah menyembunyikan niat mereka sebenar?

Adakah sementara menunggu ‘tindakan tatatertib’ kesemua calon BEBAS dari BERSATU perlu menang PRN Sarawak agar tidak dikenakan tindakan?

Sedarkah GPS akan pengaruh Azmin Ali terhadap kesemua Ahli Parlimen di Sarawak?

*** UMNO/BARISAN NASIONAL pernah terkena taktik BERSATU ini, maka dari itulah pada PRN Melaka yang lepas UMNO/BN telah mengambil jalan selamat tidak bersama dengan Perikatan Nasional agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ sepertimana terjadi di PRN Sabah.