PRN Sarawak : Insya-Allah, Jangan Ragu, Keluar Mengundi – Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Calon GPS DUN Samariang Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyeru pengundi berdaftar di DUN Samariang tidak ragu-ragu turun mengundi pada Sabtu, 18 Disember ini.

Kata beliau, “jangan takut dan susah hati turun mengundi, kerana pengundian dijalankan mengikut SOP yang ketat dan insya-Allah selamat untuk semua turun mengundi.

Beliau juga meminta pengundi terus menyokong beliau sebagai calon GPS DUN Samariang bagi meneruskan pembangunan di kawasan Samariang.

Antara SOP pengundian membenarkan mereka yang mendapat suntikan lengkap dua dos vaksin dibenarkan masuk ke pusat mengundi.

Pemeriksaan suhu dan aplikasi Mysejahtera turut dilaksanakan di pintu masuk pusat mengundi.

Hasidah ialah calon penyandang GPS di DUN Samariang. Beliau menghadapi pertembungan tiga penjuru di tentang oleh calon Amanah, Abang Abdul Halil Abang Naili dan Othman Abdillah (SEDAR).

 

sumber