PRN Sarawak : MySRBN internet untuk rakyat Sarawak

Perkhidmatan jalur lebar di bawah inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MyRSBN) berupaya merapatkan lagi jurang perhubungan penduduk di daerah ini serta kawasan berdekatan menerusi internet.

 

Menaruh keyakinan itu, Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkhidmatan jalur lebar itu merupakan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan capaian internet yang pantas.

Katanya, melalui usaha itu dapat memudahkan perhubungan dalam kalangan penduduk menerusi internet.

“Simunjan ini orang selalunya kata ‘titik buta’- kadang-kadang tiada capaian internet.

“Oleh itu MySRBN ini akan memberikan kemudahan kepada adik kakak berhubung dengan rakan-rakan menerusi internet,” katanya pada majlis pelancaran Saluran-MySRBN di Padan Sentral, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perkhidmatan jalur lebar MySRBN adalah percuma untuk bulan pertama dan kemudiannya perkhidmatan tersebut akan diberi subsidi oleh kerajaan.

Justeru, beliau berharap perkhidmatan jalur lebar tersebut dapat membantu membangunkan Simunjan.

Katanya, perkhidmatan tersebut dilaksanakan kerajaan negeru demi kepentingan rakyat di negeri ini.

“Selagi saya ketua menteri anda, saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kerana ia kehendak rakyat,” katanya. – Sumber