PRN Sarawak : Telah Laksanakan Lebih 100 Inisiatif Untuk Rakyat Sarawak

BARAM, 31 Okt -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunjukkan peta Jaringan Jalanraya yang menghubungkan rumah panjang di pendalaman Baram pada majlis 'Ngereng Jihe Uma Maring' iaitu acara adat memasang tiang untuk membina rumah panjang Rumah Temenggong Elizabeth Deng, Long Laput hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melaksanakan lebih daripada 100 inisiatif yang sebenarnya merupakan satu rekod dengan mengambil kira tempoh beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak. Hal sedemikian ini jelas mencerminkan kesungguhan dan keprihatinan beliau dalam penyelesaian masalah rakyat dan selaras dengan slogan ‘Sarawak Diutamakan’.

Sudah tentu, beberapa inisiatif dalam peringkat perancangan, manakala ada yang sudah dilaksanakan dan ada yang baru bermula. Lagipun, ‘Rom tidak dibina dalam masa sehari’, (seperti kata pepatah) yang bermaksud bahawa untuk melakukan sesuatu kerja dengan betul mengambil masa supaya ia memberi impak yang ketara kepada rakyat. Pembangunan memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang teliti.

Mengutamakan ‘Sarawak’ adalah prioritinya dan beliau  mengubah negeri ini dengan pelbagai inisiatif dan semangatnya untuk mengangkat Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Abang Johari merupakan seseorang yang sangat bersemangat melihat rakyat Sarawak menerima ekonomi digital. Beliau teruja melihat kawasan luar bandar semakin maju walaupun ia adalah tugas yang sukar kerana terdapat tidak kurang daripada 5,000 rumah panjang dan kampung di seluruh negeri Sarawak.

Apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah dari Mei 2018 hingga Februari 2020, PH telah membatalkan bantuan dana untuk beberapa projek infrastruktur berimpak tinggi seperti Jambatan Rambungan, Igan dan Batang Lupar walaubagaimanapun, Abang Jo bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Beliau segera berusaha untuk mendapatkan Bajet Sarawak untuk membiayai ketiga-tiga projek itu bagi memastikan ia siap dalam perancangan demi kepentingan rakyat Sarawak.

 

sumber