Program Anwar Batal Lagi?!

KERANA TIADA SAMBUTAN, PROGRAM ANWAR DI TERENGGANU DIBATALKAN ??


Blog cucu tok selampit (CTS) melaporkan program Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu yang dijadualkan 02 Februari 2013 terpaksa dibatalkan.
Menurut blog itu, tiga program yang telah diatur terpaksa dibatalkan adalah; “Meet Anwar” di Grand Continental Hotel (5.00-7.00 petang), Ceramah di Seberang Pintasan, Dungun ( 9.00-10.00 malam ) dan Ceramah Perdana di Kampong Baru, Kerteh (11.00-12.00 malam).
“Apakah pembatalan ini atas desakan Ketua Umum sendiri yang menjangkakan program ini tidak akan mendapat sambutan?,” soal CTS yang mendakwa mendapat sumber dalaman tentang pergolakan dalaman PKR Terengganu.
Sehingga ke hari ini PKR Terengganu gagal mengemukakan tokoh dari negeri itu untuk memimpin parti sehinggalah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Pahang untuk menjadi pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Pada Mac tahun lalu, Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi meminta PKR “mengukur baju di badan sendiri,” sebelum menuntut untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-13.
“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya.
Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.
“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya lagi.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*