Projek Terowong Adalah Projek Songlap.. – Najib Razak #KesTerowong

Terowong canggih dibawah tanah (dasar laut) yang kononnya sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika dibawah kuasa pemerintahan Guan Eng sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan kewujudannya.

Transaksi pertukaran hak milik tanah kepada syarikat terowong menjadi bukti kononnya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak membayar sesen pun terhadap projek ini. (Tanah di penang itu FREE ke harganya?)

Ucapan ini konsisten dilontarkan oleh pemimpin DAP untuk memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya bayaran tidak dibuat (dalam nilai RM mahupun USD) tetapi hak milik tanah diserahkan kepada syarikat ‘Terowong’ untuk dibangunkan menjadi rumah rumah mewah yang pastinya akan dijual kepada golongan kaya termasuk pelabur daripada luar negara terutama warga Singapura yang berminat tinggal di Penang.

Pada 10 Ogos lalu mantan Perdana Menteri mempersoalkan bagaimana Kerajaan DAP Penang meluluskan Projek Kondo Mewan dua blok 43 tingkat milik syarikat  ‘Terowong’ dalam masa 8 hari sahaja.

“Manakala projek-projek perumahan mampu milik Rakyat perlu tunggu antara 220 hari sehingga 516 hari untuk mendapat kelulusan yang sama.”

“Siapakah Ketua Menteri (Guan Eng) masa itu yang juga merupakan pengerusi State Planning Committee (Guan Eng) dan EXCO negeri bagi Hal Ehwal Tanah dan pembangunan tanah (Guan Eng) masa itu?”

“Dan siapakah yang telah didakwa dalam mahkamah kerana ada kepentingan 10% dalam projek-projek syarikat terowong (Guan Eng juga)?”

“Sudah tentu projek sendiri diluluskan dengan begitu laju sekali. Rumah untuk Rakyat miskin tolak ke tepi. Kerajaan mana lagi dalam dunia mampu luluskan projek hartanah dua block kondo mewah setinggi 43 tingkat bernilai RM1 bilion dalam masa 8 hari sahaja?” tanya beliau.

baca : sumber

Kini sekali lagi Mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak membidas Jeff Ooi yang cuba mengalihkan kisah sebenar Kes Terowong Dasar Laut ini.

“Pemimpin veteran DAP pun tahu projek terowong adalah projek songlap yang merugikan Rakyat dengan matlamat memperkayakan pemaju (developer) dan kroni.”

“Mungkin Jeff baru sedar akauntan gagal seorang itu dapat 10% kepentingan projek hartanah bernilai RM40 bilion + RM3.3 juta cash tapi pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang lain tak dapat apa-apa atau dapat sedikit sahaja banding akauntan gagal.” Tulis Najib dalam postingnya : sumber

Jeff Ooi juga seorang suka membuat kenyataan kenyataan yang prokasi dan tidak sensitif antaranya berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada 19 Sept 2016.

Soalan : Tanah dah ambil, Dah dimajukan, Mana terowong yang dijanjikan?