#pru13 Isu Undi Pos Mainan Pencacai Pembangkang!

Petang tadi telah tersebar dengan meluas melalui Facebook gambar kertas undi dengan kenyataan yang saya anggap sebagai satu lagi cubaan untuk memburukkan SPR.
Setakat saya menulis artikel ini, sebanyak 1,566 orang telah like dan 5,224 share gambar daripage yang diuruskan oleh penyokong PAS, PKR dan DAP ini.
Sungguh hebat jentera psywar Pakatan dalam menyemai keraguan kepada pihak SPR. Apabila pengundi ragu kepada SPR, bermakna undi simpati akan diperoleh Pakatan. 
Ayuh kita lihat isu yang dibangkitkan dari gambar yang dimainkan orang-orang PAS, PKR dan DAP:


Pertama, Admin page Janji Dicapati cuba mengelirukan pembaca apabila mengeluarkan kenyataan berikut: 

Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini..Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Hakikatnya, Undi Pos dan Undi Awal adalah dua perkara yang berbeza. Admin berkenaan gagal membezakannya.
Panduan Pengundian Awal yang dikeluarkan SPR dan boleh dimuat turun melalui portalnya jelas menyatakan mereka yang layak untuk mengundi awal ialah:
1. Anggota tentera
2. Isteri atau suami anggota tentera
3. Polis
4. Isteri atau suami kepada seorang pegawai Polis yang berkhidmat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA)
Namun, anggota tentera dan PDRM (tidak termasuk pasangan) yang bertugas dalam operasi sama ada di dalam atau di luar negara semasa Hari Undi Awal diberi kebenaran untuk mengundi secara pos. Undi Pos juga dibenarkan kepada petugas media dan petugas pilihan raya. Baca diportal PRU13 ini untuk lebih jelas.
Tarikh Undi Awal sememangnya telah ditetapkan pada 30 April 2013 tetapi Undi Pos, borangnya telah mula dikeluarkan semalam, 22 April 2013. 
Ini bermakna pengundi pos boleh memangkah bila-bila masa setelah menerima borang berkenaan asalkan ia dikembalikan sebelum jam 5.00 petang, 5 Mei 2013, yakni hari Undi Biasa. [Artikel Penuh – Mohon Baca]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*