Pulau Pinang Milik Kekal DAP?!

Penjara 30 hari dan denda RM8000 adalah nilai maruah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong kepada seorang pemuda berbangsa Cina berusia 29 tahun yang berasal daripada Pulau Pinang. Leong Pei Koe, berkelulusan daripada sebuah universiti luar negara bekerja di Singapura sebelum ini telah bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat lucah kepada rombongan DYMM Raja Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Tindakan biadap tersebut disedari oleh ASP Mohd Fakharuddin bin Abdul Hamid yang merupakan pengawal pengiring DYMM Raja Permaisuri Agong. Amaran telah diberikan bahawa beliau boleh ditahan di bawah Seksyen 294 (a) KK namun keangkuhan penyokong DAP ini tidak bersempadan.

Bukan sahaja biadap terhadap raja-raja Melayu, malahan beliau telah mencabar supaya pihak plis menangkapnya serta menghina pasukan polis dengan menyatakan polis Melayu tidak mempunyai kuasa di Pulau Pinang kerana menurutnya Pulau Pinang adalah hak milik bangsa Cina.

Benarkah seperti dakwaan beliau? Betulkah Pulau Pinang sudah menjadi hakmilik bangsa Cina selepas DAP berjaya menubuhkan kerajaan Negeri di sana?

Jika diperhatikan rentetan peristiwa serta pembangunan yang berlaku sepanjang DAP memerintah Pulau Pinang, dapat disimpulkan bahawa mereka sedang cuba menjadi pemilik kepada negeri tersebut.

Pembinaan rumah-rumah mewah yang ternyata tidak mampu dimiliki oleh bangsa Melayu, sektor ekonomi yang dikuasai oleh bangsa mereka serta penghapusan orang Melayu daripada Pulau Pinang secara lembut dan tersembunyi, memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Mungkin disebabkan terlebih yakin bahawa mereka adalah kuasa besar yang tidak mampu digugat oleh Barisan Nasional, mereka mengakui bahawa Pulau Pinang adalah hakmilik mereka. Adakah mereka terlupa bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan rakyat Pulau Pinang bukan kesemuanya berbangsa Cina?

Baru sahaja berjaya menjadi pemerintah di sebuah negeri, DAP sudah berani menunjukkan belang mereka. Bagaimana pula jika Pakatan Rakyat atau berjaya memperolehi majoriti 2/3 kerusi di Parlimen dan seterusnya menubuhkan kerajaan nanti?

Mungkin waktu itu, bukan sahaja Pulau Pinang, malahan Malaysia juga dikatakan hakmilik bangsa Cina. Bangsa Melayu yang memberikan undi mereka kepada parti chauvinist ini akhirnya hanya mampu menggigit jari.

Justeru, kalau perkara itu terjadi, jangan pula meletakkan kesalahan ke atas Barisan Nasional lagi kononnya tidak pandai mempertahankan bangsa Melayu sehingga terpaksa merempat di tanah sendiri.

Sumber KLIK SINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*