Punca Felda Rugi

Punca Felda Rugi – Kerajaan tak bagi memotong

Seperti biasa Pak Moon nak pegi memotong getah. 
Mak Moon akan menyediakan peralatan Pak Moon. 
Selesai persiapan Pak Moon pun pergilah nak memotong getah. 
“Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!” pesan Mak Moon 
Pak Moon  akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Moon  berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. 
Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa. 
Mak Moon  heran Pak Moon  pulang semula ke rumah lalu bertanya 
“Kenapa Bang?” 
Pak Moon pun menjawab!
Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda “DILARANG MEMOTONG”.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله. 
 Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.