Punca Remaja DAP Biadap Kepada Pemerintah

Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :”Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak..”
Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini.
Apa yang penulis faham risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah yang DAP adakan bermula di Melaka pada 09/11/2012.
Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP.
Jika ianya menjadi realiti maka seluruh kaum cina akan bersatu bagi memastikan kuasa politik Melayu lenyap sepertimana yang berlaku kepada Singapura. Melayu didalam PKR dan PAS mungkin akan kenyang dengan sogokan DAP sepertimana yang telah berlaku kini di P. Pinang, Selangor dan lain lain tempat tetapi anak bangsa kelak? – papagomo
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*