Pusat Fidlot National Dan Projek Kambing Janapari , Mana Yang Gagal ?

Kenapa kita nampak seolah Sharizat bersalah dalam isu NFC sehinggakan totok pembangkang hari ini melabelkan beliau dengan lembu?Tapi bila Nik Aziz labelkan orang lain ayam tak pula mereka melompat ibarat ayam?

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 
Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 
Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 
Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC – National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) – Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC – National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) – Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini
Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 
Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.
Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. Seterusnya…
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*